Thursday, January 14, 2021

Jenazah Syekh Ali Jaber selamat dikebumikan



Jenazah pendakwah terkenal Indonesia, Allahyarham Syekh Ali Jaber, 44, selamat dikebumikan di Pesantren Darul Quran, Tangerang pada jam 6.25 petang tadi.


Majlis pengebumian tersebut disiarkan secara langsung menerusi Instagram Ustaz Yusuf Mansur dan dikawal ketat pihak berkuasa sebagai usaha mengawal pandemik Covid-19.




Terdahulu, Allahyarham yang meninggal dunia di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta dibawa ke pasentran tersebut menggunakan ambulans sebelum di sembahyangkan.


Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber pernah disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) keesokan harinya di Rumah Sakit Yarsi.


Sebelum itu, keadaan kesihatan Syekh Ali Jaber dilaporkan bertambah baik pada 4 Januari seperti mana dilaporkan dalam akaun Instagram miliknya.





Bagaimanapun beberapa hari kemudian, gambar beliau tersebar di laman sosial menunjukkan Syekh Ali tidak sedarkan diri dan menggunakan alat pernafasan atau ventilator sebelum meninggal dunia pada 8.30 pagi tadi.


Jenazah Syekh Ali Jaber selamat dikebumikan
4/ 5
Oleh